Saturday 8 December 2012

BANDUNG ( PART 2 )

Bismillahirrahmanirrahim. Baca doa naik plane dulu lah ya. Ok, now we're heading to Bandung. Masa dalam flight, pramugari akan mengedarkan borang2 imigresen  yang perlu diisi. So apabila sampai di airport Bandung nanti senanglah kita tak payah nak berdiri-diri isi borang lagi. Now, perut pun dah lapar and our food  are  nasi lemak and  nasi kuning ( Indonesian food, ada lauk daging dan isi ikan sardin dalam ni ) . Alhamdulillah the food sedap dan mengenyangkan.

After about 2 hours, sampailah kami ke sini. Airport kat Bandung ni kecik je. Masa baca tulisan-tulisan blogger yang dah ke sini, mereka kata suruh beli kupon teksi bluebird di dalam airport, tetapi bila KF nak beli, staf kat airport tu kata takde, dia suruh pi luar pintu airport dan  tunggu teksi kat luar.Keadaan masa tu hujan lebat,orang pun ramai, amat tidak selesalah bagi KF. Dan  mengikut dari apa yang KF baca di blog, kebanyakkannya suruh ambil teksi bluebird..... but the reality is...semua teksi warna biru, tak kira apa pun nama teksi tu..hemmmm! Dah lah hari dah malam , hampir 2 jam KF berdiri tunggu giliran dapatkan teksi.

Akhirnya!!!...dapat teksi dengan bayaran 40 ribu rupiah ( Dalam 14 hinggit ).Setelah melalui lorong-lorong sempit yang men"confusekan", sampaikan KF rasa , alamak... aku dah kena colek ke ni!..maka sampailah kami ke Hotel  Aston Braga. Hotel ni amat-amat mementingkan aspek keselamatan. Apabila teksi or kereta sewa kami hendak masuk ke kawasan hotel, security akan check di bawah kereta gunakan cermin bagai, untuk tengok samada ada bom ke tidak, entah apa lagi dia check  pun tak kisahlah  KF. Yang penting kita selamat . Sebabnya hotel yang kami duduk ni ialah  tempat kebanyakkan tourist omputih suka duduk. So safety precaution dia sangat tinggi.

Makan malam kami di "The Kiosk", di Braga City Walk. Bawah hotel tu je tempat ni. Sangat memudahkan bagi tourist yang baru sampai dan penat nak cari tempat makan lain. Hiasan di The Kiosk ni sangat menarik, seperti makan dalam garden dan ada live band yang menyanyikan lagu2 yang best2. Dan yang paling best, terdapat banyak pilihan makanan. Kami pilih set bebek cili ijo ( itik sambal hijau ) dan set iga bakar ( rusuk lembu bakar ). As for drinks, kami order jus jambu dan jus mangga. Makanan sedap, dan bagi jus pulak.... memang tak syak lagi, jus2 buah kat sini sangat sangat sedap, pekat hingga ke titisan jus terakhir!!! Maka bagi sesiapa yang ke Bandung dan  tak minum air jus2 dia, adalah kerugian yang amat sangat. Jus jambu, mangga, sirsak ( durian belanda ), durian, tembikai , semua juslah ,  sangat pekat lagi sedap.....kecuali jus alpukat ( jus avocado ), agaknya sebab KF tak biasa dengan rasa avocado kot, so bolehlah minum, tapi tak delah suka sangat. Rasa dia ok sebenarnya, cuma taulah avocado tu macam kental gitu so bila dijadikan jus ianya pekat sangat dan lemak, jadi kalau haus tu, memang tak hilang hauslah....lagi haus adalah. Tapi tu terpulang tekak masing-masingkan. Ada yang boleh terima , ada yang tak.
Esoknya, tempat pertama dituju, Pasar Baru. Jam 8.30 pagi dah buka. Kami ambil supir dengan bayaran 800 ribu rupiah untuk 3 hari. Pagi-pagi lagi supir kami dah tercongok kat lobi hotel. Kalau ke Pasar Baru, elok waktu dia baru buka, dia orang kata, nanti diberi harga 'pecah telur'. Hi hi hi...kekanda KF kata, bukan pecah telur..telurnya semua sudah direbus dahulu... boleh pecah wallet kat sini. Apa taknya kat kedai kain The Cosmo je dah habis dekat dua juta rupiah.Ye lah, kain french lace, korean lace dia murah lagi cantik kan, sape tak meleleh ayaq liuq tengok...kan .Takkan nak tengok je...penat tau orang terbang jauh-jauh, kenalah beli sepasang dua, untuk Miss Pinky pun ada. Alang-alang dia kata esok boleh siap, apalagi tempahlah sekali..kan senang kerja gitu. Kanda KF pun tempahlah sekali warna sedondon dengan KF.Wah...rasa cam pengantin baru lah pulak.....Senang cerita , Pasar Baru ni bestlah kalau pandai pilih apa yang kita nak...
 


Bila lapar, kami pun naik ke Lantai 6 dan makan kat food court PB. Kami order set ayam penyet dan air rasmi kat Bandung...iaitu Teh Botol. Teh Botol ni rasa dia macam teh Jasmine kalau di malaysia. Rasanya kat Bandung ni semua orang minum teh botol, di sana sini situ...teh botol ada di mana-mana. Harganya pulak murah 2500 rupiah sebotol ( tak sampai dua hinggit pung ), so wajiblah rasa bila ke sana ya. Bagi set nasi dia, dia punya portion nasi tu kecik je tau, jadi bagi orang yang come lote ( PERASAN OK! ) macam KF ni , ok lah kenyang. Tetapi rasanya bagi yang badan besaq cam The Rock tu, kena order lagi lah kot....
 


Menariknya di bandung, bila kita ambil perkhidmatan supir, akan di berikan personnel assistant sekali. P.A kami, seorang yang funny dan best. Dia perasan muka dia macam Fauzi Nawawi ( laki si Lisdawati tu ).Tapi bila kekanda KF kenakan dia balik dengan berkata,"Oh,agaknya kau lah orang yang dalam video "aksi terlampau" dengan  pelakon I...N...tu kan , bukannya Fauzi Nawawi", terus tersipu-sipu dia....ha ha ha...siapa yang terkena, tu lah nak berlagak encem macam pelakon konon , tapi sendiri terkena balik. But whatever it is, dia dengan akurnya mengekori kami ke sana ke mari sambil memegang semua beg-beg plastik itu....
 
Setelah separuh hari di habiskan di Pasar Baru ( tak dapat pi semua lantai pun ,pilih mana yang menarik je ), kami pun pergilah ke factory outlet yang terkenal di seantero malaya tu yakni Rumah Mode. Banyak pilihan baju, t'shirt, jean berjenama Zara dan bermacam jenama lagilah, penat KF nak tulis, pada harga berpatutan, dan murah dari di Malaysia. Biasalah kalau kata shopping ni,orang Malaysia kat dalam ni , KF tengok macam lupa diri je.Tapi KF tak delah buat macam tu , beli setakat yang perlu je. Ok...kalau kat Rumah Mode ni, ada satu benda je yang KF suka sangat. Aiskrim!!, kat depan R.Mode ni ada food court, dan dalam ni ada booth yang jual halal "Gelato" ( Gelato ni di buat dari freshmilk dan freshfruits ). KF pilih gelato durian dan cokelat , mmm...sedap sekali buk! Mesti cuba ...mesti...ya mesti!
 
Then, dinner. Dinner di Pak Chi Met. Makan gurame goreng ( ikan talapia goreng )  set ayam penyet lagi. Senang, malas nak fikir. Air jus sirsak rasanya. Semuanya enak. Rasa penat sungguh seharian cuci mata, nak balik hotel lah....Alahai bila dah balik, lepas mandi, solat, rehatkan kaki, perut lapar balik lah kekanda, jom turun ke "The Kiosk". Sungguh tidak sedar diri betul orang inikan....kata lemak dah tepu bagai, nak jugak di tepek -tepek lagi ...hish!hish!hish!......pi jugak turun ni cari makan.Puas membelek menu, akhirnya cuba order Mee kocok kaki sapi dan Baso Tahu.Ok lah rasa dia, macam mee sup kat malaysia dan baso tahu tu, biasa je. Makan yong tau fu yang kuah warna coklat kat malaysia lagi sedap. Alhamdulillah, perut kenyang, hati suka, mata ngantuk, KF balik bilik tidur dulu lah ye....jumpa lagi....

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment