Tuesday 11 December 2012

BANDUNG ( PART 3 )


Hari ketiga, pagi ni kita ke Cibaduyut. Orang kata jaket-jaket kulit dan barang-barang kulitnya cantik dan murah. Tetapi bila KF belek2, tengok2, kirai2, hemmm... tak de yang berkenan di hati. Tapi taklah... buang masa ke sana, kita berjalan ni untuk meluaskan pandangan dan melihat kehidupan tempat orang...kan, bukan untuk bershopping. Jadi ada sesuatu yang menarik di cibaduyut ni,  KF tengok ada banyak ubi-ubi kayu yang telah dikupas kulitnya bergantungan di kereta-kereta sorong, dan ada juga diletak di dalam raga buluh. Ubi-ubi tu tidak dipotong pendek, ia dikupas bersih ikut panjang mana ubi tu lah. KF yang musykil, bertanya pada pak supir, ubi tu dah siap masak ke? Dia kata,  ada yang belum dimasak, tetapi kebanyakannya dah dijadikan macam tapai, sedap dia kata. KF tak berani beli, cuma suka tengok sesuatu yang lain dari di tempat kita.

Then, kita meneruskan perjalanan ke Rumah Tas, Terminal Tas, Blossom, The Secret, Toko Tiga ( ni adalah beberapa nama factory outlet yang sempat dikunjungi ). Rumah Tas, tempat di mana dijual handbag2 berjenama. Rasanya kebanyakannya tiruanlah.  KF tak beli apa-apa pun, sekadar menjejak kaki dan nak tahu apa yang ada di sini. Ok lah, rasanya kat Malaysia pun banyak handbag tiruan, ya dok.
TOKO TIGA...pula tempat seluar jeans. Jenama-jenama seperti Levis, Lee Cooper dan entah apa lagi boleh didapati di sini. Cantik jugak interior design dalam tu, sambil tunggu tukang jahit potong dan repair seluar kekanda KF, KF merehatkan kaki, menghayati kicauan burung dan leka melihat ikan dan kura-kura di dalam kolam buatannya.
BLOSSOM...KF suka tempat ni. Baju- baju budak dalam ni cute2.  Barang-barang dalam ni pun comel2, budak-budak pompuan sukalah kot kalau masuk dalam ni. T'shirt2  berjenama untuk budak2 murah, jadi belilah sikit untuk anak-anak.

THE SECRET....well..well, tempat ni sangat elegant sekali!!! Ramai orang Malaysia suka Rumah Mode...dari apa yang KF baca di blog2 sebelum ni, tapi KF lagi suka The Secret ( my personal opinion ya ). The reasons are, susun aturnya lebih menarik, kemas dan classy. Orang pun tak pack macam di Rumah Mode. Ada little garden dan foodcourt kat tengah kawasan T.Secret ni, sweet place, dari taman kecil tu kita nampak tangga, naik dan jumpa tempat beg2 cute pulak. Sangat menarik! i luv it!...( for my crackedpotfriends, kalau ke Bandung dan tak cukup masa, boleh abaikan Rumah Tas dan  Terminal Tas, pi The Secret sudah cukup ). Oh ya...kat bahagian ni bukan ada beg je, hairband, klip rambut blink2, cute2 stuff pun ada. Memang suka tempat ni.
Last place to visit, Paris Van Java. Selalu terpandang, kalau kita pi jalan-jalan kat Malaysia, selalu tengok orang pakai t'shirt yang tertera Paris Van Java, Bandung. Huisssh...best sangat ke tempat ni, selalu jumpa kat shirt orang. PVJ ni ialah shopping complex yang famous, barang-barangnya mewah, kat  dalam tu ada satu part yang kita seolah berasa berada di Johor Premium Outlet  JB. KF jumpa dua kedai yang KF suka. First, kedai selipar jepun...hah! Kedai  selipar jepun je....ye cik adik kakak, selipar2 dalam ni comel2!  Tak jumpa tempat lain. Kalau handbag tiruan ke, shirt berjenama  ( tiruan ke ) , bersepah kat Malaysia kan. Tapi kecomelan selipar2 ni rasanya tak jumpa lagi. Produk ni ada facebook rasanya, dari apa yang tertera di paperbag dia yang comel ni...nama produk ...khakikakiku.

So belilah untuk anak-anak ole2 dari Bandung, selipar ???? Heh! heh! Sungguh kurang asam, selipar jepun je kan...Oit! jangan pandang sebelah mata je tau, seliper pun melayang dalam 260,000 ribu rupiah ( hampir seratus hinggit kot ).
Second place, kedai gula2, "STICKY". Kedai yang sangat sangat comel. Di hias dengan candy cane, rasa ceria dan muda semula di dalam kedai ni. Keistimewaan di sini, ada demo buat sweets tu depan mata kita. Kat every sweets tu ada gambar atau tulisan, seperti  i love u, gambar smiley face, macam-macam. Cawangannya ada di Pavillion, KL. Gula-gulanya ada berbagai perisa dan sedap. Boleh beli sebagai ole-ole untuk keluarga dan sahabat handai.

Memandangkan hari pun dah gelap, rasanya cukuplah lawatan sambil belajar kita , perut pun dah berbunyi. Malam tu kami makan malam di Kartika Sari. Kartika Sari ni ialah kedai yang jual brownies dan dessert yang sangat terkenal di Bandung. Tujuannya pergi malam ni , sebab nak belek2 dulu apa yang akan kami beli esok harinya sebagai ole2 untuk family di Melaka. Rupa-rupanya di tingkat 2 kedai dessert ni ada foodcourt. Senang cerita makan kat sini je lah. Menu makanan semuanya nampak sedap, tapi KF dan kekanda makan iga bakar lagi dan jus durian.
Mesti ada yang tertanya kenapa tak makan masakan padang. KF tak berani nak makan sebab perut KF sensitif, masakan padang selalunya berasaskan santan  dan tak tahu bila dimasaknya. Lagi satu, lauk-lauk tu dah di letak di pinggan-pinggan kecil terlebih dulu, maka takutlah ada makhluk yang telah berkenan dan terbang ke atas makanan tu terlebih dulu. Tetapi peringatan, ini pendapat peribadi, jangan ikut, terpulang pada selera masing-masing dan tahap kesensitifan perut anda. Ok.. dah kenyang dan pasti esok pagi-pagi jam 8.30 kami akan ke sini untuk membeli set brownies. Di dalam satu kotak set brownies ni ada perisa badam, cheese dan chocolate cips. Harganya 44 ribu rupiah ( dalam 15 hinggit ). KF juga beli pisang bollen, sejenis pastry yang diletak inti pisang dan cheese di dalamnya, bagi KF tak berapa enak ( masa kat rumah baru rasa ) dan juga  durian bollen. Bagi hantu durian, mesti suka dengan durian bollen ni. Ia juga sejenis pastry yang dipenuhi isi durian dan cheese. Sangat sedap! Rugi tak rasa kalau ke sini.
Maka berakhirlah episod di Bandung ini. Bagi yang belum sampai ke Bandung dan teringin nak makan brownies,  KF share satu resepi mudah yang diberikan oleh sepupu KF.
 
CHOCOLATE BROWNIES
225 grm butter
100 grm plain chocolate
250 grm granulated sugar
4 biji telur
175 grm tepung gandum
1 tsp vanilla esen
1/2 tsp garam
75 grm milk chocolate
75 grm kacang ( badam ke, apa2 kacang pun boleh )
CARA2
1. Cairkan coklat dan butter dengan cara didihkan air dan gunakan mangkuk steel dan cairkan coklat n butter ni di atas air panas tadi dalam mangkuk steel tu ( teknik double boiler ). Asingkan, biar sejuk dalam 10 minit.
2. Bila dah sejuk, putar dengan telur, masuk sebiji sebiji.
3. Sekarang guna teknik manual je, masuk tepung, vanilla dan garam. Gaul sebati.
4. Dah sebati, hancurkan coklat dan kacang ke dalam aduanan.Bakar pada 180' c sampai masak.
P/s: Kalau dah masak brownies ni, buatlah topping dia kalau rajin. Kalau malas cairkan je apa2 milk  chocolate yang kita ada kat rumah dengan whipped cream guna teknik double boiler tadi, jadi dah.Tuang atas brownies dan wow! sedapnya nampak ! Selamat mencuba.



SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment