Thursday 6 December 2012

BEST KE SARAWAK NI????


Alhamdulillah  seronok juga tinggal di sana. Kuching, Serian, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri telah dijejaki...thanks to our driver there, such a nice man. Sampaikan kalau kanda KF balik Semenanjung ada kerja, pak supir inilah yang tolong pi belikan ikan, ayam sayur di pasar dan dihantar ke rumah. Anak dara  KF (Miss Pinky) yang masa tu masih bersekolah tadika (pakai tudung kuning kunyit lagi!!!!) pak supir inilah yang menghantar mengambiknya.
Eh..ada satu tempat lagi di Sarawak ni yang para pelancung asing, makhluk asing,"V","E.T",Decepticon ( DECEPTICON!!!...No please decepticon..please don't attack us...our local cars are not that "fit" to transform into the glamourous TRANFORMERS  yet....kena speaking  Amaarika tau dengan depa, bukan speaking London) kena datang. Nama diberi Kampung Budaya,Sarawak. Sebelum tu nak bagi amaran sikitlah, takut nanti dah pi jauh-jauh, ramai-ramai, satu rombongan cek kiah, terkejut  tengok harga tiketnya, RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak2. Kan boleh kena sakit jantung tu kalau ramai. Di dalam ni ada semua replika rumah-rumah bagi setiap etnik yang terdapat di Sarawak.Iban,melanau,kadazan semua ada. Dan di setiap rumah aktivitinya tersendiri,ada yang tunjukkan cara buat kain Pua Kumbu yang femes itu, ada yang tunjuk cara buat sagu or sago, ada yang menari susun angkat buluh tu...entah apa ke nama tarian tu, KF malas nak cuba, kot terkepit kaki KF yang bunting padi ni,leceh pulak nak suruh kawan -kawan loyer KF ni tolong saman,claim gantirugi ke...kan.
Sejujurnya bagi KF ,bagi tourist yang tak de masa nak meneroka Sarawak dengan lebih lama,bolehlah ke Kampung Budaya ni,sebab semua ada,dari makanan,pakaian,rumah,cara hidup tradisi telah terangkum di sini. But bagi yang nak shopping santai-santai, melihat negeri orang,tak pi pun tak pe kot...terfulang masing-masing.Kamek sik madah banyak.Apa yang KF merepek cakap saghawak ni....abaikan ya kalu dok pahe, kawe pung dok pahe ga,kawe dok kechek gapo...
TEMPAT TIDUR....
Then , kalau pasal a place to stay in Kuching, since Sri Aman dan Kuching  jauh, kami suka 2 hotel ni. First, Hotel Crowne Plaza, sebab,it is very convenient for any one yang malas nak cari makanan jauh jauh. Bersebelahan dengan lobi hotel,buka je pintu kaca tu kita akan jumpa fast food restaurant dan juga Parkson. Sangat membantu bagi yang membawa anak2 kecil yang berderet macam KF dulu.
Second, Merdeka Palace. Bagi sesiapa yang suka elegantly stylish ambience , choose hotel ni lah, lobi dia sangat cantik dan bergaya sekali. Ada sekali tu Kanda KF ambik bilik suite Agong...terkejutberuk KF ..punyalah besau bilik tu...nasib ikut rate gomen...kalau tak ghebeh lak jugak kredit kad kanda KF tu...Anak2 suka kat sini sebab tv bilik hotel ni  dia ada disney channel (alasan mengada-ngadakan, kalau nak tengok katun duduklah je kat rumah kan).Dan di  sebelah Merdeka Palace ni ada padang yang TV3 selalu buat Jom Heboh tu...Tu lah pasal kan...kan...Rasanya tulah je pasal Sarawak yang boleh KF kongsi bersama...so  bye Sarawak..."I 'm leaving on a jet plane...dunno when i'll be back again,leaving on a jet plane"( humming lagu dari movie Armageddon,alah yang Ben Affleck berlakon tu,dia nyanyi lagu ni untuk girl dia ....i luv this part!!!)SWEET sangat...
 

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment