Alahai kalau
cerita bab beranak ni,teramatlah fobia KF.Mega fobia,tahap gaban...Tengok org
perut dah terboyot-boyot pun rasa tak sampai hati.Rasa kecut perut..walaupun
sebenornya perut ni tak kecut pun,lemak dah terlebih tepu kot.But for me
getting pregnant again....No Way !!!!ya kanda.Bukan sebab KF dah tua,no ! no!
no!masih bergetah lagi tau(no need KY jelly maa!) tapi tak sanggup lagi melalui
pengalaman 2 yang penuh kesedihan dan kesukaran itu.Sangat sangat mencabar i
tell u.
Sebenarnya
KF ni dah 6 kali beranak dan sekali keguguran,kena cuci.Dalam bahasa sepitalnya
cuci tu D&C kot,rasanyalah.Ceritanya, 2 dari anak KF meninggal dalam
perut.Satu,lelaki (dah 9 bulan),haritu doktor sakit puan KF kata dia
check,everything ok,air mentuban cukup,semua ok.Oleh kerana dah cukup bulan
,dia suruh KF di induce untuk beranak hari tu but KF kata esoklah,nak tunggu kanda
KF balik.Takdir Allah SWT mengatasi segalanya,malam tu KF sakit perut,buang2
air,muntah,sampai bibir biru nak
pitam,pukul 2pagi ,adik ipar yang temankan KF hantar gi klinik,doktor kata baby no heart beat
dah.Hancur luluh rasanya jantung KF ketika tu,tapi dah rasa nak beranak
,beranak pun normal je lah.
KF diuji
lagi,bila baby dah keluar ,darah keluar sangat banyak.Yes,sangat sangat banyak!Menitik
nitik sampai ke lantai,bahagian belakang baju KF dipenuhi darah,basah dengan
darah .Bidan terpaksa gunting baju KF dan buang baju tu untuk di ganti dengan
baju yang bersih.Dalam kekalutan tu pulak KF menangis dan terus menangis,
hilang dalam kesedihan yang amat sangat.Sampai mak mentua KF kata ingat
tuhan,ingat tuhan!Rasanya ketika itu,tak tertanggung nak melawan air mata yang
tumpah....lemah sekali tubuh KF . Why?why me?What did actually happen?Hati
berkata -kata.Dua kali KF pengsan,ketika pengsan KF merasa amat tenang sekali dan seakan pergi jauh
...sehinggalah mak mentua KF menggoncang goncang lembut dan memanggil manggil
nama KF supaya jangan tidur(no KF tak
tidur,betul betul pengsan masa tu),cuba bertahan,darah banyak hilang
,bahaya....orang kata kalau darah banyak hilang kena stay awake selagi yang
mampu..
Sedih...sangat
sangat sedih.Itulah yang termampu KF luahkan perasaan masa tu.Suatu kehilangan
yang amat menyentap jiwa.Selama sebulan rasanya airmata ni mengalir dek
kerinduan yang amat sangat terhadap seorang anak yang KF tak pernah berpeluang
untukmengenalinya,menciumnya,memeluknya,mengetahui handsome ke dia bila besar
kelak...what ever it is,KF redha kuasa tuhan mengatasi segalanya.In Sya
Allah,KF telah di kurniakan 2 anak yang
akan menolong KF di sana nanti.
"Wahai anakku
Muhammad Firdaus(dan juga Siti Solehah,kehilangan yang kedua ketika 8 bulan di
kandungan)...ketahuilah bahawasanya di setiap detik yang berlalu,setiap nafas
yang dihela ,ingatan padamu tak pernah padam...ibu redha anak2ku...ibu redha
kerana ibu tahu tempat mu adalah di syurga
firdausi....."
Di kehilangan yang kedua pula,KF mengalami
tumpah darah jugak.Kali ni sampai di masukkan 10 peket darah,6 pek darah merah dan 4 pek darah kuning(berfungsi untuk
proses pembekuan darah).Bersalin pukul 3 ptg,sampai esok petangnya masih di
katil yang sama,di labour room itu,sebab proses masukkan darah dalam badan tak
habis habis.Doktor kata berliter liter darah yang hilang,not good...not good at
all for me kalau tak masuk darah ,so terpaksa sign untuk terima semua darah
darah tu.Banyak kan! 10 pack....nasib baik KF tak jadi cam Bella dalam movie The Twilight
(Breaking Dawn part 2)tu...hu hu hu...Geram KF tengok cite ni,penat suspen,
punyalah depa dok gaduh gaduh, dusyum!
,kebaborr! ,cabut cabut kepala bagai,ropa ropanya cuma bayangan Alice je...eh
Alice ke nama minah come lote bermata cantik tu...tak kisahlah sape nama dia
kan yang penting ,KF nak minta refund ticket!
he he gurau je lah.Sebenarnya best jugak cite tu,hepi ending.Ok,ok cam mana dah
tukar profesion jadi pengkritik movie ni
pulak,KF tengah tulis pasal apa tadi.....ek
No comments:
Post a Comment