Thursday 6 December 2012

KUCING GERGASI!!!!!


 
Ceh...cam gempak je tajuk nikan.Sebenarnya tetiba nak cite pasal kucing sebab kawan2 KF sangat cinta sayangkan kucing.Memberi kucing makan dimana saja terjumpa.Siap dalam kereta depa,ada stock makanan kucing.Mulia sungguh hati kawan2 KF nikan!. So di mana nak cari kucing gergasi ek.Mestilah kat bandaraya Kuching ,Sarawak.Banyak sungguh replika replika kucing kat bandaraya sarawak ini,nama pun kucingkan.Punyalah femesnya kucing ni,sampaikan Muzium Kucing pun ada, tapi tak doklah kucing hidup di letaknya dalam tu kan.Kang mati keras pulak kucing tu.Kalau setakat nak  hiburkan anak-anak kecil,bolehlah bawa mereka kat sini.Alah,cakap je kat driver teksi tu nak pi muzium kucing,bawalah dia.

Sebenarnya bumi kenyalang ni pun signifikan juga dengan diri KF,mana taknya 5 tahun jugaklah KF menetap kat sini.Selama  4 tahun KF tinggal di bandar kecil Sri Aman yang jauhnya lebih kurang 3 jam lebih dari bandaraya Kuching.Jom kita masuk ke mesin masa,mengimbas kembali kehidupan di bumi kenyalang.Perjalanan ke Sri Aman hanyalah melalui jalan kampung,sebab kat sana tak de highway cam kita di semenanjung.Selalunya kami akan berhenti makan dan solat di Serian,sebuah lagi bandar kecil di 1/3 perjalanan menuju ke Sri Aman.Selepas Serian tiada lagi bandar di jumpai,cuma bertemankan hutan hijau,sesekali terpandang rumah panjang,ladang2 khinzir(eeuw !cuma tepi jalan je,),sawah padi bukit dan ladang-ladang lada hitam.Macam back to the 60's pulak kan.Sangat sangat down to earth ,all back to nature.....hu huwaa ngantuklah pulak,bila teringat perjalanan balik ke sri aman ni.(he he,tak de shopping center untuk cuci mata, tu yang ngantuk je lah keje nya time ni).

Sri Aman femes untuk benaknya.Benak ialah gulungan ombak yang besar yang terwujud di sungai Batang Kali di Sri Aman.Biasanya gulungan ombak besar ni  cuma ada kat laut lepas,alah yang omputih suka surfing surfing tu.Tapi yang wujud kat sungai ni di panggil benak.Siap ada pesta benak uols!Femes tau.Omputih pun ada datang tengok.Masa ni segala orang iban ,orang bukit, turun dan tinggal berpesta di tepi sungai ni lah .Bertatu tatulah bagai.First time datang sini,masa kat KFC,org yang beratur kiri kanan ada tatu,takuit  ya amat makcik,ingatkan samseng ke taiko ke.Rupa2nya memang budaya lelaki iban ni kena ada tattoo.Tattoo tu tanda kemachoan kot.
Dan yang sangat sangat spesel kat sini udang galahnya.Dahlah dapat yang besar,murah,hidup lagi!!!!Mana gambo ni ek,nanti kanda  KF pi cari.Makanan yang mesti di rasa kat sarawak ni (yang KF sukalah kan),ayam pansuh (ayam yang dimasak dalam buluh dan di sumbat daun ubi kot),umai(macam2 umai,udang,ikan,seaweed)raw food yg perah limau dan di tambah hirisan bawang cili etc,laksa sarawak(cam kuah kari tapi lebih rempah,abah KF kata cam jamu je he!he!)dan mee kolok.Mee kolok tu bebudak suka sebab dia ala ala mee maggi dengan kuah sup daging dan sambal cili cairnya.Kat sini gak sayap panggang amat femes(kepak panggang),tapi KF tak gemor dan tak berkenan sangat sebab rata-rata warnanya merah(guna pewarna merahlah tu) ,soo unnatural and not favourable lah.Oh lagi satu,kalau bulan posa,tak sah kalau tak makan bubur padas(depa panggil padas,kita pedas).Bubur pedas ni dibuat dari rempah ratus,santan,beras,udang,kalau kat semenanjung femes dengan bubur lambuk or bubur asyura kan,tapi yang speselnya dengan bubur pedas ni, dimasukkan sekali dengan hirisan2 daun 2,sayur2 hutan,kampung.i luv it,sedap dan berkhasiat,kecualilah ditolak santannya lah, bagi yang mementingkan "kiraan kalori"dalam makanannya kan...kan...but who cares babe..kalau sedap ,makan je lah what ever the calories count ....sesiape tengah diet abaikan tulisan KF ni eh....hi hi!
 Jeng..jeng..jeng...now the best part,it's shopping time for the semenanjung folk.Kalau orang malaya(depa panggil org semenanjung),pi  sarawak,Sarikin is a must place to visit.Sarikin ni sebenarnya a small place terletak antara sarawak ngan indonesia(border).So as uols can guesslah,banyaklah barang indon seperti telekung(byk sungguh gerai2 kecik jual telekung tau,),kain pelekat  la la la la, kain pelekat la la la la,(tetiba teringat anwar zain!),kain batik,kain langsir siap jahit(cantik2 jugak kalau pandai pilih),segala mak neneklah kalau larat je nak mengharung panas himpitan manusia yang berbagai bau itu he he he!....ada yang sanggup parking sejauh berkilometer dan berjalan kaki ke situ....oh!not me ok...akak ni putri lilin tau.....kenalah jaga kulit akak agar secantik rozita che wan(berangan lagi...ya ampun!)kalau ramai sangat orang, KF suruh kanda pusing balik je lah.
 

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment