Wednesday 5 December 2012

UBI REBUS OH UBI REBUS


Kenapa dengan ubi rebus?Sebabnya sekarang ni musim hujan je kan .Cuaca pun mendung,amat muram sekali, suasana dalam rumah  sejuk, maka memori KF pun terawang -awang jauh mengenangkan arwah datuk  KF yang amat menyayangi KF sepenuh hati.KF rasa KF ni cucu kesayangan datuklah(perasan sendiri)mana taknya cucu lain dia tak pernah   hadiah jam tangan masa dpt 5A dalam Penilaian darjah 5,masa darjah satu tiap2 hari datuk tunggu KF kat kantin sekolah dari pagi hinggalah KF balik sampai seminggu kot.Dan kalau banjir,datuk akan dukung KF kat belakang dia untuk hantar KF ke sekolah agama walaupun KF dah berumur 11 tahun masa tu.Baik sangat kan datuk KF!.Ya datuk memang sangat baik,KF selalu ikut dia ke surau berdekatan rumah datuk untuk temankan datuk bentang sejadah sebelum  jemaah bersolat 5 waktu.Datuk juga seorang tukang masak kenduri kahwin,KF suka sangat mengekor dia pi beli rempah ratus di kedai mamak yang terdapat di pasar besar JB yang ketika itu terletak di jalan Wong Ah Fook .Masih terbayang aroma rempah ratus yang dipilih datuk.Oh! really miss him.Datuk  cuma bekerja sebagai gardener dan tukang kayu di Ngee Heng,sebuah sekolah cina di Jb,tapi banyak kemahirannya.Sebagai tukang kayu,certainly dia had crafted cute little cupboards for me from his left over woods.His favourite wood,kayu beroti.Dunno what kayu it is,but always remember he ask for kayu beroti from the apek at kedai kayu.Well so much of myself as a sweet grandchild,now,let's get back to the old ,zaman jepun humble  ubi rebus.Yang mengingatkan KF pasal ubi ni,arwah datuk selalu bawa KF pergi korek,cabut ubi yang di tanamnya sendiri.Lepas tu ,apalagi nenek rebus dan mak buat sambal tumislah.Sambal tumis mak KF memang kick habis....siapa makan pasti terpikat.Habis tu mana tak tumpahnya kuah kalau ke nasikan,mestilah KF pulak yang terror buat sambal ni.Oklah jom kita main masak-masak pulak...
 

Ubi Rebus & Sambal Tumis Kaseh Firdausi(kelasss gitu bunyinyakan)

1. Ubi,kopek kulit luar dan rendam dulu beberapa jam.kalau takdemasa pun sejam dua jadiklah.Lepas tu rebuslah dan tambah garam sikit .Rebus sampai lembut.
2. Untuk sambal pulak,blenderkan cili kering,bawang kecil dalam 7 biji,sebiji dua bawang putih dan belacan.Dah blender,tumis sampai bahan2 tu betul2 garing tau,jangan hangus pulak.kalau nak tau dah garing,minyak dah terbit dan bahan2 tumis tadi dah jadi berbiji kecik kecik dan tak rupa jus cili lagi kan.
3. Barulah masuk air asam jawa, garam,gula,dan siapa suka mak aji masuklah sikit. Rasa dah ngam,masuklah pulak ikan bilis yang kita dah goreng dulu sebelum tu.Eh ..Tadi lupa lak KF nak tulis kena goreng ikan bilis dulu sebelum tumis cili.Maklumlah dah tua (he he he) semua lupa.
4. Dah siap pun ,boleh makan sambal kita dengan ubi rebus yang lembut lagi panas itu.(kalau mak KF dia suka letakkan sesudu majerin planta kat ubi rebus yg panas tu,nanti dia melt dan rasanya ...aduh duh duh lemak masin menjilat jari...hu hu nak cari ubi lah lepas ni.Nak cari ubi kayu!nak cari ubi kayu!
 


SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment